Tuesday, July 18, 2017

Kos meminjam lebih tinggi berbanding melabur

Pinjaman pendidikan mungkin dilihat sebagai satu pilihan mudah untuk membiayai kos pendidikan anak-anak lebih-lebih lagi jika kita tidak mempunyai sumber kewangan lain.

Namun hari ini kita sering mendengar keluhan ramai graduan yang berdepan kesukaran membayar semula hutang berkenaan.

Sama ada mereka gagal mengurus kewangan kerana kurang ilmu dan memilih menghabiskan gaji yang di terima untuk menikmati gaya hidup terkini atau kerana perlu membantu keluarga ia memberi kesan negatif kepada kedudukan kewangan golongan muda ini yang baru memulakan kehidupan.

Sudahnya mereka mungkin terperangkap dengan hutang berlebihan apabila mula menggunakan kad kredit atau pinjaman peribadi untuk menampung keperluan kewangan.

Sebagai ibu-bapa, sebenarnya kita boleh membantu anak-anak dengan mendidik mereka mengenai pengurusan kewangan dan pada masa yang sama, membina tabung pendidikan untuk mereka.

Jangan lupa, anak-anak kita sebenarnya mempunyai sumber kewangan dan dengan cara yang betul, mereka boleh dididik untuk mula menabung dan melabur menggunakan elaun atau hadiah wang tunai yang diterima.

jika kita tidak mampu menyediakan tabungan keseluruhan kos terlibat, kita mungkin dapar mengurangkan beban mereka dengan membiayai sebahagian daripadanya.

apapun yang penting, kita dapat mengurangkan jumlah hutang yang perlu mereka ambil atau menyediakan tabungan sebagai persediaan untuk mereka meneruskan kehidupan.


Membina tabung pendidikan

Langkah 1
Tentukan jumlah pelaburan bulanan
yang mampu anda lakukan
contoh:
  • Pelaburan Sebulan 100
  • Tempoh pelaburan 18 tahun
  • Jumlah Tabungan 38k
Andaian : Pulangan purata tahunan 6 peratus

Langkah 2 
Pilih destinasi pelaburan yang sesuai
Contoh :
  • Unit amanah harga tetap seperti ASB,ASB2,ASD,ASW 2020
Mengapa?

Sesuai untuk pelaburan jangka panjang
  • Risiko rendah
  • Pulangan kompetitif

Langkah 3 
Buat pelaburan konsisten
  1. Setiap Bulan
  2. jangan keluarkan pelaburan sehingga tamat tempoh pelaburan
  • Gunakan kemudahan pelaburan yang boleh membantu anda melabur secara konsisten seperti kemudahan skim potongan gaji (SPG) atau perbankan internet

Langkah 4 
Biar pelaburan anda berkembang sehingga tempoh ditetapkan

Apabila anak anda memulakan pengajian, hadiahkan dia dengan tabungan yang pastinya akan membantu mengurangkan bebannya sepanjang dia menuntut ilmu dan setelah dia berkerjaya

Note : Pelaburan yang dilakukan secara sistematik membantu seseorang untuk membina tabung pendidikan yang kukuh.

No comments:

Post a Comment